Waqaf & Infaq

Naik Taraf Masjid An Nur

Waqaf 

Pengertian Waqaf

APAKAH DIMAKSUDKAN AMAL & JARIAH?

Maksud sedekah Jariah – dari segi makna ulama mengatakan “sedekah yang pahalanya berterusan selepas mati”. Ini bersumberkan daripada sebuah hadis Nabi SAW iaitu;

إذا مات الإنسانُ انقطع عملُه إلا من ثلاثٍ ؛ صدقةٍ جاريةٍ ، أو علمٍ يُنتَفَعُ به ، أو ولدٍ صالحٍ يدْعو له

“Apabila seseorang manusia mati segala amalannya akan terputus kecuali daripada tiga sumber: sedekah jariah atau ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan atau anak soleh yang sering mendoakannya” (Riwayat Muslim)

Sedekah jariah di sini menurut ulama’ ditakrifkan sebagai wakaf. Manakala wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan dan manfaat orang ramai demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seperti mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Selagimana harat yang diwakafkan itu wujud dan dimanfaatkan, maka orang yang mewakafkan itu mendapat pahala walaupun telah meninggal dunia.

APAKAH SYARAT BERWAQAF?

Bagi menjadikan wakaf ini sah dari segi syarak pewakaf tersebut disyaratkan:

1.Beliau adalah seorang yang merdeka, baligh dan berakal. Wakaf seorang hamba tidak sah kerana hamba tiada hak milik bahkan dirinya sendiri adalah harta yang dimiliki oleh tuannya.

2.Berkelayakan untuk bersedekah. Orang yang dihalang untuk berbelanja kerana tidak siuman atau muflis tidak sah mewakafkan harta.

3. Sukarela. Tidak sah wakaf orang yang dipaksa kerana syarat sukarela adalah antara syarat taklif. (Rujukan: Kitab Al-Fiqh Al-Manhaj, Bab Wakaf)

Pindahan Terus :

Bank Islam (M) Bhd :

140 140 10111 399

Akaun : Masjid An-Nur, Saujana Utama
MASJID AN NUR TIDAK MELANTIK  MANA – MANA INDIVIDU, SYARIKAT, NGO, ORANG PERSEORANGAN ATAU PIHAK KETIGA UNTUK TUJUAN KUTIPAN DERMA.  

Masjid An Nur Seri Pagi Saujana Utama Bersama MHI TV3

Sumbangan anda mendapat pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.5621 No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004)

Resit dikeluarkan oleh Perbadanan Waqaf Selangor : http://www.wakafselangor.gov.my/

Sila email resit kepada masjidannur.seripagi@gmail.com untuk tujuan resit rasmi.

APAKAH SAMPAI PAHALA WAQAF KEPADA ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan hal tersebut, diantaranya adalah hadis di bawah ini:

أَنَّ رجلًا قال للنبيِّ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ أمِّي افْتُلِتَتْ نفسُها ، وأظنُّها لو تكلمَتْ تَصدَّقَتْ ، فهل لها أجرٌ إِنْ تَصدَّقَتْ عنها ؟ قال : نعم .

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya” (Riwayat Bukhari)

Maka, hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk orang yang telah meninggal dunia.

APAKAH KEPENTINGAN IBADAH WAQAF

Wakaf merupakan satu amalan yang sangat dituntut oleh Islam kerana ia merupakan sedekah yang bersifat jariah (berpanjangan dan berkekalan) yang dilakukan semasa hidup namun manfaat dan pahala yang berpanjangan mengalir ke dalam tabungan amal kebaikan kita walaupun pewakaf telah meninggal dunia berates tahun sekalipun. Walaupun hukum wakaf adalah sunat namun amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Baginda SAW sendiri (sunnah) dan diikuti oleh para sahabat rid’wuanullah alaihim ajmain.

Selain itu juga, wakaf merupakan satu instrument yang dapat membantu ekonomi dan social umat Islam seperti kewujudan sekolah, klinik, hospital dan university wakaf. Bahkan lebih meluas seperti kompleks perniagaan, penternakan dan lading pertanian dapat membantu ekonomi dan masyarakat Islam.

TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK WAQAF & INFAQ

Kami memahami anda, kerana setiap dari kita adalah unik kejadiannya. Itulah kehebatan Allah SWT yang wajib kita syukuri. Antara kaedah berwaqaf adalah seperti menggunakan FPX (3rd party payment- PAY), Pindahan terus ke akaun bank, Cash Deposit dan tunai (sila hadir ke Masjid untuk membuat pembayaran)

Masjid Annur dengan ini menegaskan bahawa tidak melantik mana – mana pihak ketiga untuk memungut derma. Sila lapurkan kepada AJK Masjid segera jika berlaku demikian.

Jenis – Jenis Waqaf

Pelbagai jenis Waqaf dapat dikategorikan.

1. Wakaf Khas
Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya.

2. Wakaf Am
Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.

Waqaf Anda adalah Saham Anda

Merupakan saham akhirat anda kelak.