Hubungi kami

tel : 03: 6039 9002

pelbagai cara untuk dihubungi

Kebajikan anda Keutamaan Kami

Pejabat Kami

Jalan Seri Pagi 13, Taman Seri Pagi, Saujana Utama 47000, Sg Buloh, Selangor

Telefon Kami

Waktu Pejabat

Email Us

masjidannur.seripagi@gmail.com

pelbagai soalan 

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kejadian khalwat di kawasan saya?

Apabila kejadian khalwat berlaku di kawasan anda langkah-langkah berikut perlu diikuti:-

  1. Melaporkan kejadian tersebut melalui talian tetap hotline 24 jam: 1800-88-2424
  2. Memberikan maklumat diri kepada pegawai bertugas.
  3. Memberikan maklumat kejadian khalwat seperti alamat kejadian yang tepat, nama dan latarbelakang orang yang disyaki (jika berkenaan) serta tanda-tanda kejadian disyaki berlaku seperti wujudnya kenderaan orang yang disyaki.
Bagaimana orang awam boleh mengetahui senarai terkini penceramah atau pendakwah di Negeri Selangor yang mempunyai tauliah?
  1. Melalui laman web : www.jais.gov.my
  2. Merujuk di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran.
  3. Merujuk di Unit Dakwah Dan Tarbiah Bahagian Dakwah JAIS di talian 03- 55143514 / 3513.
Saya bernikah di Negeri Selangor tanpa kebenaran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar dan mendapatkan surat perakuan nikah di Negeri Selangor?

Perlu melaksanakan tindakan seperti berikut : 

    1. Bagi Pernikahan Poligami :
      • Membuat permohonan pengesahan nikah dan mendapatkan perintah daftar nikah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu.

 

  1. Bagi Pernikahan Bujang/Dara atau Duda/Janda :
    • Membuat permohonan pengesahan nikah dan memohon mendaftarkan semula pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan.
Apakah kaedah untuk mengenalpasti ajaran yang sesat dan menyeleweng atau meragukan?

Sesuatu ajaran itu dikenalpasti sebagai ajaran yang sesat dan menyeleweng apabila bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah serta bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran yang meragukan pula boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri ajaran dan modus operandi yang pelik serta bertentangan dengan perkara yang sedia maklum di dalam ajaran Islam.

Siapa yang bertanggungjawab menyelenggarakan tanah perkuburan Islam?
  1. Tanah perkuburan Islam ditadbir oleh JAIS dan diselenggara oleh kariah yang telah ditetapkan. Terdapat juga tanah perkuburan yang diselenggara oleh PBT.
  2. Bagi sebarang tanah perkuburan yang masih belum digunakan, Unit Pembangunan, JAIS bertanggungjawab bagi menyelia dan menyelenggara tapak tersebut sehingga ia digunakan.
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk mendaftarkan Sekolah Islam Persendirian di Negeri Selangor?
  1. Perlu mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak berwajib.
  2. Pemohon perlu mengisi borang pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  3. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan Minit Mesyuarat penubuhan sekolah dan sesalinan senarai ahli jawatankuasa Pengurusan Sekolah.
  4. Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah borang tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila selesai melakukan semakan dan pemantauan di sekolah tersebut.