Badan Kebajikan & Khairat Kematian
MASJID ANNUR
KEAHLIAN BARU
Sila Daftar secara atas talian dengan mengisi borang seperti dibawah dan sertakan resit bayaran.
Jom Infaq
Infaq BKKMAN
Saat Kematian Orang Mukmin
Jumlah Ahli
Masih Belum Daftar
Tentang BKKMAN
Apakah Peranan BKKMAN ini ?
Menyempurnakan Fardhu kifayah menguruskan Jenazah Ahli dan Bukan Ahli BKKMAN penduduk-penduduk di taman-taman sekitar Perumahan di Saujana Utama ini.
Pengurusan meliputi mandi, kain kafan, solat jenazah, talkin dan pihak pengurusan akan menguruskan pengangkutan untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan dan semuanya akan diuruskan oleh BKKMAN dengan persetujuan oleh keluarga simati.
Siapa yang layak menyertai BKKMAN ?
Penduduk yang menetap di taman-Taman perumahan di sekitar Saujana Utama ini LAYAK menyertai BKKMAN. Tambahan keistimewaan ini diberi kepada Ibu dan Bapa Penduduk yang tinggal bersama dengan Anak-anak di taman-taman Perumahan Saujana Utama ini.
Ibu bapa mereka juga boleh menyertai BKKMAN dengan syarat mereka membayar yuran keahlian Ibu Bapa mereka.
Bagaimana caranya untuk menyertai BKKMAN ini ?
HUBUNGI :-
📱 Pentadbir (Whatsapp:010-2349669)
📑 Sila isi borang online dibawah.
Bilakah kuatkuasa jika seseorang itu menyertai BKKMAN ?
Kemudahan berkuat kuasa setelah tempoh satu (1) bulan dari tarikh mengisi isi borang keahlian BKKMAN & disahkan
Berapakah jumlah peruntukan di bayar oleh BKKMAN jika berlaku kematian Ahli.
Bayaran Pengurusan sebanyak RM1,800.00 bagi menguruskan sehingga jenazah dikebumikan. Tiada perkhidmatan disediakan jika Ahli yang menyertai BKKMAN meninggal dunia luar dari kariah.
Siapa yang perlu dihubungi semasa kematian?
Sila hubungi 999 untuk pengesahan kematian oleh PEGAWAI PERUBATAN
▶️ Jika anda dalam Kariah Masjid Saujana Utama ➡️ Tn Hj Rahman 📱013 273 2572
▶️ Jika anda dalam Kariah Masjid An Nur ➡️ Tn Hj Rohani 📱019 267 0183
Buku Panduan dan Peraturan BKKKMAN
-Boleh muatturun untuk rujukan: Semakan dan dibentangkan pada Khamis 27/2/2025
Borang Keahlian (Baru)
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA BERLAKU KEMATIAN !
– Mohon semua ahli baru untuk muatturun dan cetak sebagai panduan ketika ada berlaku kematian –

Pertanyaan mengenai BKKMAN, sila whatsapp 010 234 9669
Sila Isi borang ini dan sertakan sekali bayaran keahlian.
Maklumat Perbankan BKKMAN :
🏦 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
💳 No Akaun : 1216 8010 006500
📧 Email Resit Ke: bkkman.annur@gmail.com
📱Whatsapp : 010 2349669
SERTAI BKKMAN SEKARANG
RM 1,800
Kos Pengkebumian Setiap Seorang
Kos merangkumi van jenazah, pemandu, penggali, peralatan jenazah, papan dan sebagainya
Sertai BKKMAN Sekarang
Kerjasama




