Badan Kebajikan &  Khairat Kematian

 

masjid an nur

Mesyuarat Agung Masjid Annur  pada AHAD 14 JULAI 2024 yang lepas telah memutuskan usul seperti berikut;

  1. Kekal manfaat – Ketua keluarga dan pasangan
  2. Sumbangan kematian anak mengikut umur
  3. Kekal – sumbangan meninggal luar kawasan
  4. Kekal sumbangan ahli/ibubapa / mentua
  5. Ahli baru 70 ke atas – yuran seumur hidup RM 500.
  6. Urusan pengebumian bukan ahli – dinaikkan / beza dengan ahli.
  7. Bayaran yuran mengikut tarikh lahir.
  8. Hapus faedah batu nesan sebanyak

Jom Infaq

Infaq BKKMAN

Saat Kematian Orang Mukmin

Ahli Tertunggak

(RM) TUNGGAKAN

Tentang BKKMAN

Apakah Peranan BKKMAN ini ?

Menyempurnakan Fardhu kifayah menguruskan Jenazah Ahli dan Bukan Ahli BKKMAN penduduk-penduduk di taman-taman sekitar Perumahan di Saujana Utama ini.

Pengurusan meliputi mandi, kain kafan, solat jenazah, talkin dan pihak pengurusan akan menguruskan pengangkutan untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan dan semuanya akan diuruskan oleh BKKMAN dengan persetujuan oleh keluarga simati.

Siapa yang layak menyertai BKKMAN ?

Penduduk yang menetap di taman-Taman perumahan di sekitar Saujana Utama ini LAYAK menyertai BKKMAN. Tambahan keistimewaan ini diberi kepada Ibu dan Bapa Penduduk yang tinggal bersama dengan Anak-anak di taman-taman Perumahan Saujana Utama ini.

Ibu bapa mereka juga boleh menyertai BKKMAN dengan syarat mereka membayar  yuran keahlian Ibu Bapa mereka.

Bagaimana caranya untuk menyertai BKKMAN ini ?

Isi borang online di sini  

Bilakah kuatkuasa jika seseorang itu menyertai BKKMAN ?.

Kemudahan berkuat kuasa setelah tempoh satu (1) bulan dari tarikh mengisi isi borang keahlian BKKMAN 

Jangan bertangguh lagi jika ada Ibu dan Bapa yang tinggal bersama kita di Taman-taman Saujana ini, sertailah BKKMAN dan  jika berlaku kematian ianya akan memudahkan pengurusan jenazahnya.

Berapakah jumlah peruntukan di bayar oleh BKKMAN jika berlaku kematian Ahli.

Bayaran Pengurusan sebanyak RM1,800.00 bagi menguruskan sehingga jenazah dikebumikan.  Tiada perkhidmatan disediakan jika Ahli yang menyertai BKKMAN meninggal dunia luar dari kariah.

APA TERJADI JIKA AHLI TIDAK MEMBAYAR YURAN TAHUNAN?

Ahli yang tidak membayar yuran tahunan, TIDAK AKAN MENDAPAT MANFAAT KEAHLIAN (pengurusan jenazah). Perlembagaan 6.6

Waris wajib membayar penuh kos pengurusan jenazah.

Apa yang perlu dilakukan jika ada yuran tertunggak?

Hubungi Pihak Pengurusan Badan Khairat 010 234 9669 dengan kadar segera untuk urusan kemaskini bayaran.

Namun jika tiada bayaran dibuat, Pihak Pengurusan mencadangkan untuk TIDAK menjadi ahli.

Jika setelah berhenti, dan berhajat untuk menjadi ahli semula, segala yuran tertunggak WAJIB diselesaikan terlebih dahulu.

siapa yang perlu dihubungi jika ada kematian?

Sila hubungi 999 untuk pengesahan kematian oleh PEGAWAI PERUBATAN

▶️ Jika anda dalam Kariah Masjid Saujana Utama ➡️ Tn Hj Rahman 📱013 273 2572

▶️ Jika anda dalam Kariah Masjid An Nur  ➡️ Tn Hj Rohani 📱019 267 0183

Buku Panduan dan Peraturan BKKKMAN

-Boleh muatturun untuk rujukan: Semakan  dan dibentangkan pada Khamis 27/2/2025

Kemas Kini Maklumat Ahli

Sila Whatsapp Pentadbir (010 2349669) jika hendak perbaharui keahlian & bayaran tunggakan.

Maklumat Perbankan BKKMAN :

🏦 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

💳 No Akaun : 1216 8010 006500

📧  Email Resit Ke: bkkman.annur@gmail.com

📱 Whatsapp : 010 2349669

SERTAI BKKMAN SEKARANG

RM 1,800

Kos Pengkebumian Setiap Seorang

Kos merangkumi van jenazah, pemandu, penggali, peralatan jenazah, papan dan sebagainya

Sertai BKKMAN Sekarang

Kerjasama