Jadual Kuliah
Merangkumi Kuliah subuh – isyak
Laras - Permulaan - Ulangkaji
Semua kelas di Masjid adalah terbuka untuk ahli jemaah dan kariah dari seluruh Saujana Utama dan Sekitar.
Manfaatkan Kuliah
Sila dapatkan jadual digital ini dan simpan dalam Google Calender anda. Tiada sebab untuk tidak hadir kuliah selepas ini, InsyaAllah
CLASSES
Jadual Kuliah 2024
OBJECTIVES
Objective Kuliah & Pengajian
Keberkesanan Kelas Agama Dalam Meningkatkan Ilmu
Keberkesanan kelas agama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar atau pendengar kelas agama dinilai melalui empat perkara iaitu; peningkatan atau penambahan ilmu tentang akidah, akhlak, ibadat dan isu-isu semasa. Ini kerana perkara-perkara tersebut merupakan satu keperluan kepada masyarakat umum dan juga maklumat asasi yang sewajarnya diketahui oleh masyarakat Islam
Memantapkan akidah
Kelas agama dapat memberi sumbangan yang banyak dalam memantapkan akidah dan memperbaiki kualiti ibadat masyarakat Islam setempat.
Berkasih Sayang Dengan Ilmu
Program kelas agama memainkan peranan dalam meningkatkan amalan berkasih sayang sesama Islam. Seperti amalan memberi salam sesama Muslim, amalan ziarah-menziarahi, bertegur sapa sesama jiran dan amalan yang menambahkan kemesraan dengan pasangan masing-masing
Keberkesanan Kelas Agama Dalam Amalan Seharian
Keberkesanan kelas agama melalui perubahan yang berlaku dalam amalan harian seseorang dari segi kualiti dan kuantiti, setelah membiasakan diri dengan mengikuti kelas pengajian tersebut
Peningkatan Nilai Akhlak
Kelas agama di masjid meningkatkan pengetahuan pendengarnya terutama dari aspek nilai akhlak yang baik. Di samping itu mereka dapat memahami dengan lebih jelas lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
Meningkatkan Pengetahuan Kewangaan Islam
Kelas agama di masjid berupaya menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat yang menghadirinya tentang bagaimana menguruskan kewangan menurut cara Islam. Mereka juga mula memahami betapa perlunya mereka meninggalkan jual beli secara riba dan kewajipan mereka untuk mengeluarkan zakat harta serta zakat perniagaan
TESTIMONIALS
Kepentingan Menuntut Ilmu

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda

“Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”
Surah al-Taubah (122)
Jom Infaq Kepada Masjid
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
* Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
* Anak soleh yang dia tinggalkan.
* Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
* Masjid yang dibina.
* Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
* Sungai yang dia alirkan.
* Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
* Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.