6Korban 1446H
Alhamdullilah, Masjid An-Nur Saujana Utama akan mengadakan ibadah Korban EidulAdha 1446H, bertempat di Perkarangan Masjid An-Nur Saujana Utama
Ibadah Korban : Pandangan Agama Islam.
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”
Surah al-Kautsar ayat 2
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
Surah al-Hajj ayat 36
Hadis Berkaitan Korban
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
100% Kelolaan Masjid Annur
6 Ekor Sahaja
Lembu Tempatan
Penyertaan Terhad
Kaedah Penyertaan
1. Pilih kuantiti bahagian yang dikehendaki
2. Lakukankan bayaran secara atas talian (pindahan @ cash deposit) ke akaun Masjid An-Nur BANK ISLAM : 12168 01 0026016
3. Email resit ke :
masjidannur.seripagi@gmail.com
4. Kami akan kemaskini dalam senarai peserta di laman web ini.
Senarai Peserta





