Pembangunan

& Naik Taraf

Bank Islam  : 140 140 10111 399

Masjid Annur

Ringkasan

Mengapa Perlu Naik Taraf?

Pertambahan Jemaah

Sejak pembukaan Saujana Perdana diseberang sungai Masjid beberapa tahuan kebelakangan ini, menyebabkan pertambahan jemaah secara konsisten. Solat Jumaat tidak lagi kekosongan, malah ada keadaan jemaah terpaksa bersolat di jalan tar parkir kereta & motor

Struktur Kubah Yang Uzur

Keadaan ini mencetuskan kegelisahan AJK dan jemaah veteran yang mana mereka ini adalah jemaah istiqomah hadir setiap waktu bersolat. Ketika hujan, berlaku kebocoran dimerata tempat di dalam dewan solat utama dan sekaligus menyebabkan karpet menjadi kusam dan berbau.

Pendawaian Elektrik Yang Usang

Adalah menjadi kegusaran para AJK dan jemaah kerana pendawaian elektrik ini adalah melebihi 15 tahun. Bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini, langkah wajib untuk naik taraf pendawaian adalah diperlukan bagi menjamin keselamatan jemaah.

Kemudahan Untuk Masyarakat

Memandangkan Masjid merupakan badan penghubung antara jemaah dengan badan luar seperti MAIS, JAIS, PUSAT ZAKAT dan sebagainya, dan kerana itu juga memainkan peranan tersendiri yang mana aktiviti masyarakat sering dijalankan dan memerlukan kemudahan yang terbaik dapat diberikan.

PEMBINAAN MINI JAMBATAN

Oleh kerana Masjid Annur dan komuniti terbaru iaitu Saujana Perdana dipisahkan oleh sungai kecil, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk membina mini jambatan bagi menghubungkan mereka dengan masjid.

Maklumat Perbankan naik taraf

🏦 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

💳140 140 10111 399

📧 masjidannur.seripagi@gmail.com

Komponen Naik Taraf

1. Kubah

2. Ruang Solat Utama

3. Jambatan (Saujana Perdana – Masjid Annur)

Dan pelbagai kerja M&E yang berkaitan

“Perlunya naiktaraf untuk menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah yang semakin meningkat kesan dari pembukaan banyak taman perumahan disekitar Masjid Annur ini dan dalam masa yang sama, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk jemaah sekitar”

Tuan Haji Harun Abdul Rahman

Nazir Masjid, Masjid Annur Saujana Utama

Perbandingan

Antara

Struktur Sekarang

Semakin uzur dimamah usia

Gambaran Terbaru

Rekabentuk terkini bersama kemudahan yang selesa

Komponen Naik Taraf

Penerangan ringkas mengenai Pembangunan & Naik Taraf Masjid An Nur

Ruang Solat Utama

Perubahan terbaru untuk keselesaan jemaah

jambatan saujana perdana

Meghubungkan Masjid dengan Perumahan Saujana Perdana

Pendawaian

Pendawaian yang uzur perlu dikemaskini

Kubah

Kubah yang telah uzur dan bocor perlu di perbaiki

Ruang Letak Kereta

pagar perimeter

pelbagai

hikmah waqaf & infaq

Pulangan kepada Jemaah

Jemaah akan berasa lebih selesa dengan naik taraf. Selain itu, keselamatan terjamin dengan pendawain baru serta masalah kebocoran yang sering melanda Masjid setiap kali hujan, akan dapat diatasi, InsyaAllah